LIMAU
MANDARIN
AMALAN KULTUR
Bahan Tanaman
Disyorkan tanaman dibiak secara tampang, sama ada dengan cantuman tunas kepingan, cantuman tunas 'T', cantuman tunas serpihan dan cantuman tunas baji sisi.
Pokok limau yang sesuai digunakan untuk cantuman limau ialah jenis Tryer citrange, Cleopatra dan Rangpur Lime.
Penanaman
Pokok
limau mandarin biasanya ditanam dengan jarak 4m X 5m, 5m X 5 m, 6m X 6m atau 3m
X 3m untuk sistem tanaman padat. Lubang berukuran 0.6 m X 0.6 m X 0.6 m
digali dan dibiarkan selama 2 – 4 minggu. Sebanyak 5 – 10 kg bahan organik
berserta 200 g CIRP dimasukkan ke dalam lubang tanaman dan digaul rata. Anak
pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan pada pangkalnya.
Pokok disiram selepas ditanam dan diikat pada kayu pancang. Lindungan perlu
disediakan bagi mengurangkan panas terik matahari.
Pemangkasan
Cantasan dibuat bagi membentuk pokok supaya seimbang, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Bentuk pokok limau yang baik ialah bentuk kon rimbun, rendang dan seimbang bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan tanaman terutamanya pengutipan hasil.
Pemangkasan bermula selepas beberapa bulan ditanam. Bahagian atas batang utama dipangkas apabila mencapai ketinggian 30-45 cm dari paras tanah. Dahan-dahan baru akan tumbuh dan pilih 3 – 4 cabang yang subur bagi membentuk rangka pokok seterusnya. Buang tunas air yang keluar dari dahan tersebut dari masa ke semasa serta dahan-dahan yang lemah, berpenyakit dan dahan yang tumbuh di bahagian tengah pokok.
Pembajaan
Program
pembajaan yang disyorkan bagi pokok limau mandarin adalah seperti berikut:-
|
Peringkat |
Umur Pokok (Tahun) |
Jenis |
Kadar (kg/pok/tahun) |
Kekerapan |
|
Vegetatif |
1 |
15:15:15 |
0.3 0.15* |
3 - 4 kali setahun (terutama awal musim hujan) |
|
2 |
0.5 0.2* |
3 - 4 kali setahun |
||
|
3 |
1.0 0.2* |
|||
|
Penghasilan |
4 |
12:12:17:2
+ TE |
1.5 0.2* |
|
|
5 |
1.8 0.25* |
|||
|
6 |
2.5 0.25* |
|||
|
>6 |
Pengurusan Air
Limau
mandarin perlu diberi air secukupnya bagi menggalakkan pertumbuhan dan
kecergasan terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Didapati sistem pengairan
titis adalah paling sesuai untuk tanaman limau.
PENGENALAN
Pemangkasan
merupakan amalan perladangan yang penting dalam penanaman koko. Pemangkasan yang
dilakukan secara sistemetik mengikut jenis pemangkasan yang betul akan menjamin
pokok yang sihat dan hasil yang tinggi.
FAEDAH
PEMANGKASAN
·
Memperbaiki pengudaraan yang betul.
·
Mengurangkan risiko serangan serangga perosak dan penyakit.
·
Memudahkan pengawalan penyakit dan perosak, penuaian hasil
serta kerja-kerja penyelenggaraan tanaman.
·
Membentuk kanopi pokok yang sesuai pada tahap jumlah daun
sepokok yang optimum agar mendapat hasil yang tinggi.
·
Meningkatkan kecekapan penyerapan baja oleh pokok.
JENIS
PEMANGKASAN
Untuk
mempastikan pertumbuhan pokok cantuman yang baik serta hasil yang tinggi, empat
jenis pemangkasan perlu dilaksanakan iaitu:
1.
Pemangkasan pembentukan.
2.
Pemangkasan pokok penanti.
3.
Pemangkasan penjagaan.
4.
Pemangkasan pembentukan semula.
PEMANGKASAN
PEMBENTUKAN
Pembentukan
pokok dilakukan dengan memotong pucuk setelah pokok cantuman (scion) berumur 3-6
bulan atau panjang mencapai 45sm (1.5 kaki). Ini akan menggalakkan pertumbuhan
dahan-dahan sisi (dahan ketiak).
Pemotongan
pucuk pokok cantuman apabila panjang mencapai 45sm (12 kaki) bagi mnenggalakkan
dahan-dahan sisi tumbuhLihat
gambar 1
Dahan-dahan
sisi yang tumbuh hampir dengan tapak cantuman kira-kira 15-30sm (6-12 inci)
hendaklah dibuang. Tinggalkan 3-5 dahan sisi untuk tumbuh sebagai batang utama.
Pemotongan pucuk pada dahan-dahan yang dikekalkan untuk dijadikan batang-batang
utama juga dilakukan untuk menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting baru.
Dahan-dahan
sisi baru terbentuk dari tunas-tunas ketiak selepas pemotongan pucuk pokok
cantuman dibuat Lihat gambar 2
Dahan-dahan
sisi baru sedang membesar selepas pemotongan pucuk pokok cantuman dilakukan Lihat
gambar 3
Selepas
12 bulan, cantas semua tunas yang tumbuh kurang 30sm ( 12 inci) daripada batang
utama.
Selepas
24 bulan, kekalkan hanya dahan yang mempunyai buah, yang tumbuh menegak dan
dahan yang bersudut 45o dengan batang utama. Dahan-dahan yang melampai ke bawah
dan berlebihan dipangkas. Dahan-dahan menegak yang ketinggiannya melebihi 3-4
meter (9-12 kaki) hendaklah dicantas.
Pemangkasan
pembentukan yang baik menghasilkan kanopi yang stabil berbentuk payung dan
mempunyai 3-5 batang utama bagi satu tapak cantuman.
Struktur
pokok yang mempunyai kanopi berbentuk payung Lihat
gambar 4
Pembentukan
pokok yang baik akan menghasilkan dahan-dahan yang seimbang dan menggalakkan
hasil yang banyak Lihat gambar
5
PEMANGKASAN
POKOK PENANTI
b) Pokok penanti yang dipangkas 100%
sebelum cantuman
· Tunas air yang tumbuh di bahagian
atas tapak cantuman hendaklah dibiarkan sehingga 6 bulan
selepas dicantum. Tujuaannya supaya pokok cantumah mudah mendapat,
makanan dan air sebelum berupaya mengambilnya sendiri.
· Selepas 6 bulan, semua tunas air
mulai dibuang setiap bulan bagi mengelakkan persaingan mengambil baja dan air.
PEMANGKASAN
PENJAGAAN
Dilakukan
1-3 bulan sekali mengikut keadaan.
Tunas
air, dahan-dahan rosak, berpenyakit, berjuntai, terlalu padat dan rapat dalam
kanopi pokok serta yang bertaut antara pokok hendaklah dibuang (Gambar 5).
Tunas-tunas yang tumbuh di sepanjang 45-60sm (1.5-2 kaki ) pada batang-batang
utama bagi pokok yang sudah berbuah mestilah dibuang.
Tunas air
yan tumbuh dipangkal pokok perlu dibuang Lihat
gambar 6
PEMANGKASAN
PEMBENTUKAN SEMULA
Pemangkasan
ini dilakukan untuk membentuk semula pokok supaya seimbang dan mengelak daripada
terlalu rimbun bagi memudahkan peredaran udara di antara dahan dan/atau ranting
koko.
Pemangkasan
pembentukan semula dilakukan 1-2 kali setahun iaitu setiap kali selepas musim
buah utama.
Dahan-dahan
dan ranting yang padat, melapai dan berlebihan hendaklah dipangkas.
Tinggi
pokok dikawal pada ketinggian 3-4 meter (9-12 kaki) bagi memudahkan penuaian
hasil dan kerja penyelenggaran tanaman.
Cantuman T













|
|
Ekonomi |
Nama
Biasa : Cempedak
Nama
Saintifik :
Artocarpus champeden Lour.
Famili
: Moraceae
Nama
Biasa : Nangka
Nama
Saintifik :
Artocarpus heterophyllus L.
Famili
: Moraceae
Nama
Biasa : Sukun
Nama
Saintifik :
Artocarpus altilis (Parks)
Forsberg
Famili
: Moraceae
Nama
Biasa : Tarap
Nama
Saintifik :
Artocarpus odoratissimus
Blanco.
Famili
: Moraceae
Cempedak, nangka, sukun dan tarap adalah buah-buahan tempatan yang tergolong
dalam genus Artocarpus.
Bahagian-bahagian tampang Artocarpus
mempunyai lateks.
Cempedak dan nangka mempunyai saiz daun yang kecil dengan tepi yang licin
(entire) berbanding dengan sukun dan tarap yang mempunyai saiz daun yang besar
dan berliku-liku (lobed).
Cempedak dan nangka akan berbuah di bahagian batang dan dahan sementara sukun
dan tarap mengeluarkan buah di hujung dahan. Pada amnya buah Artocarpus
adalah buah majmuk iaitu cantuman daripada banyak berbuah. Buah
cempedak mempunyai bau harum yang kuat jika dibanding dengan nangka dan tarap.
Buah-buahan ini boleh dimakan segar atau dibuat sayur dan kuih-muih.
Klon nangka yang yang telah dinilai dan disyorkan oleh Jabatan Pertanian Sabah
ialah J29 (NS1). Klon-klon CH 30, CH 31 dan CH 35 adalah beberapa klon cempedak
yang diperkenalkan daripada Jabatan Pertanian Semenanjung yang berpotensi
ditanam di negeri ini.
Semua tanaman dari
kelompok Artocarpus sesuai hidup di berbagai jenis tanah khasnya tanah loam
yang kaya dengan kandungan bahan organik. Tanaman-tanaman ini memerlukan julat
pH tanah di antara 6.0 hingga 6.5. Curahan hujan sebanyak
1,500 – 2,500 mm setahun serta bersuhu 21oC – 32oC
diperlukan untuk pertumbuhan yang baik.
Pembiakan
Anak benih cempedak, nangka dan sukun dibiak secara cantuman mata tunas atau
baji. Cantuman mata tunas sebaik-baiknya dilakukan apabila saiz pokok
penanti sebesar batang pensil. Hanya sukun sahaja yang boleh dicantum secara tut
atau dengan menggunakan keratan akar. Biji benih nangka adalah paling sesuai
untuk dijadikan pokok penanti bagi cempedak, nangka dan sukun. Setakat ini tarap
hanya boleh ditanam dengan menggunakan biji benih kerana tanaman ini sukar
dibiak secara tampang.
Penanaman
Jarak tanaman bagi nangka, sukun dan tarap ialah 10 m x 10 m sama ada dalam
bentuk segi tiga atau empat segi sama. Sementara cempedak boleh ditanam sehingga
7.6 m x 7.6 m antara satu sama lain. Lubang penanaman dengan ukuran 60 x 60 x 60
cm perlu disediakan bagi tujuan penanaman. Tanah atas yang dicampur dengan 10
-15 kg baja organik dan 0.5 kg baja fosfat hendaklah digunakan sebagai
baja asas.
Anak pokok yang baru ditanam hendaklah dilindung dengan struktur pelindung
seperti pelepah daun kelapa. Penyungkupan adalah digalakkan bagi tujuan
memulihara kelembapan tanah dan mengawal pertumbuhan rumpai.
Penyelenggaraan
Tanaman
Pemangkasan hendaklah dilaksanakan dengan menyingkirkan cabang atau tunas-tunas
yang tidak perlu atau berpenyakit daripada pokok dan dilakukan bagi
menyelenggara keutuhan pokok. Semua bahagian yang telah dicantas hendaklah
segera dirawat atau dicat dengan bahan perawat pokok ('tree dressing') bagi
mengelak jangkitan penyakit dan kekeringan.
Pembajaan
Pembajaan akan menjamin pertumbuhan pokok yang sihat. Keperluan pembajaan
tahunan bagi kesemua pokok jenis Artocarpus
adalah seperti jadual dibawah:
|
Umur
(Tahun)
|
Jenis
Baja NPK |
Kadar/Tahun/
Pokok
(kg) |
Kekerapan/Tahun
|
|
1 2 |
NPK
(15 : 15 : 15) |
0.11 0.17 |
4 4 |
|
3 4 5 6 |
NPK
(12 : 12 : 17)
|
0.45 0.90 1.36 2.27 |
3 3 3 3 |
|
>7 |
NPK
(12 : 12 : 17) |
2.27-3.2 |
2 |
Tanaman Artocarpus umumnya bebas
daripada perosak dan penyakit yang serius. Lalat buah adalah serangga perosak
yang biasa menyerang buah nangka dan cempedak. Oleh yang demikian, amalan
membungkus buah adalah sangat digalakkan bagi mengelakkan buah daripada diserang
lalat buah dan mendapatkan hasil yang memuaskan.
PENUAIAN,
HASIL DAN PENGENDALIAN
![]()
Buah nangka menjadi matang selepas 6 bulan bunga terbentuk. Sementara buah
cempedak boleh dipetik selepas 3 - 4 bulan selepas berbunga. Pengeluaran
kemuncak buah nangka berlaku dua kali setahun. Cempedak, tarap dan sukun
hanya berbuah setahun sekali.
|
Bil.
|
Jenis
buah |
Tempoh
buah matang selepas berbunga (bulan) |
Hasil
pokok (tan/ha) |
Kegunan
|
Tempoh
penyimpanan (hari) |
|
1. |
Cempedak |
3
- 4 |
4
- 30 |
Makan
segar |
4
- 5 |
|
2. |
Nangka |
6 |
5
-40 |
Makan
segar, sayur, kerepek |
5
- 7 |
|
3. |
Sukun |
4
- 5 |
4
- 20 |
Kuih,
sayur, kerepek |
3
- 4 |
|
4. |
Tarap |
3
- 4 |
10
- 50 |
Makan
segar, sayur |
2
- 3 |