PENDAHULUAN
Kacang buncis merupahan sejenis sayur kekacang yang berbuah dan sangat
kaya dengan kandungan protin. Ia dipercayai berasal dari Amerika tengah dan
Amerika Selatan. Pokok kacang buncis bertabiat tumbuh melilit, mempunyai
akar tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan pancang untuk memanjat.
JENIS-JENIS KACANG BUNCIS
Terdapat dua jenis yang ditanam iaitu jenis rimbun dan memanjat. Jenis
yang biasa ditanam di negara ini ialah jenis memanjat dimana terapat 2
varieti yang dipilih oleh MARDI iaitu:
MBK -- Berbiji hitam, berbatang keperangan dan berbunga ungu.
Jenis ini yang biasa ditanam dan disyorkan oleh MARDI.
MBK-- Berbiji kemerahan, berbatang kehijauan dan berbunga putih.
Jenis ini banyak ditanam di kawasan utara Semenanjung dan di Melaka.