![]() |
Topik
Tingkatan 4 |
cikgu ada menyediakan nota bagi topik tingkatan empat yang dalam pembikinan sila klik untuk mengetahuinya
http://jkdsainspertanian.tripod.com/tanaman.doc
http://jkdsainspertanian.tripod.com/pengiraan_baja.doc
Bagi tumbuh-tumbuhan yang
membiak melalui biji, terdapat kelemahan yang telah
dikenalpasti. Diantara nya ialah buah terhasil menerusi
proses pendebungan yang tidak lengkap. Ini berlaku apabila
pendebungaannya berlaku dihasilkan oleh debunga jantan dari
pokok yang sama jenis tetapi bukan dari pokoknya sendiri.
Biji dan seterusnya anak pokok yang terhasil dari kaedah ini
tidak mempunyai sifat-sifat induknya yang asal. Selain dari
itu pembiakan biji juga didapati tempoh matangnya (berbuah)
adalah lebih panjang. Bagi mendapatkan benih yang baik dan
mengikut kualiti pokok bakanya, teknik atau kaedah pembiakan
tampang diamalkan.
Pembiakan tampang
dilakukan dengan mengambil bahagian-bahagian pokok yang
terpilih daripada pokok-pokok yang berbaka baik, sihat dan
telah beberapa kali berbuah. Bahagian-bahagian pokok yang
boleh digunakan ialah mata tunas, ranting dan pucuk mengikut
kesesuaian kaedah yang hendak digunakan.
Kaedah-kaedah pembiakan tampang.
Cantuman mata tunas
Cantuman mata tunas adalah diantara kaedah pembiakan tampang yang mudah dan banyak diamalkan oleh para petani dan juga mereka yang mengusahakan tapak semaian pokok buah-buahan. Kejayaan kaedah ini lebih tinggi iaitu mencapai 80% hingga 90% bergantung pada jenis pokok, kemahiran penjagaan. Jenis-jenis pokok yang boleh dibiakkan dengan keadah ini adalah terdiri daripada pokok buah-buahan berbatang keras seperti durian, rambutan, pulasan dan mangga.
Peralatan asas yang diperlukan:
Persiapan
Sediakan
sepokok anak benih yang mempunyai saiz lilitan
batangnya diantara 3cm hingga 4cm. Anak benih ini
hendaklah yang tumbuh sihat dalam polibeg. Jangan
gunakan anakbenih yang sedang berpucuk muda kerana
ini akan menyukarkan kerja-kerja mengopek kulit dari
batangnya. Anak benih ini diistilahkan sebagai pokok
penanti.
1 2 |
Dengan menggunakan
pisau cantuman , buat kelaran lintang 1/3
daripada lilitan batang. Jarak kelaran dengan
permukaan tanah didalam polibeg hendaklah di
antara 12 hingga 15 cm. Sila lihat rajah 1 Buat 2 kelaran
dikiri dan kanan ke bawah sepanjang 2.5 cm.
Dengan menggunakan pisau cantuman, kopek
kulit daripada batang bermula bermula dari
kelaran lintang kebawah. Sila lihat rajah 2 |
![]() Rajah 1 |
||
3 4 |
Pilih ranting dari
pokok baka yang baik, sihat dan telah
beberapa kali berbuah. Saiz ranting hendaklah
lebih kecil daripada batang pokoki penanti.
Kemudian daun-daun yang ada pada ranting
hendaklah dipotong dengan berhati-hati supaya
tidak mencederakan mata tunas yang terdapat
diantara tangkai daun dengan ranting. Kelar memanjang dikiri dan juga kanan tunas lebih kurang 2.5 cm dan juga melintang sepanjang 1.5 cm dikedua-dua hujung bahagian kelaran memanjang. Sila lihat rajah 3 |
![]() Rajah 2 |
||
8 | Dengan menggunakan
pita cantuman, balut batang pokok penanti
bermula dari bahagian bawah tapak cantuman
keatas. Semasa membalut, pastikan pita
cantuman tidak mengenai mata tunas. Matikan
ikatan pita cantuman setelah membalut 3 cm
hingga 4 cm diatas daripada mata tunas. Sila
lihat rajah 6
Anak pokok yang telah dicantum diletakkan dibawah lindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman. |
![]() Rajah 4 |
||
Anak pokok yang telah dicantum diletakkan dibawah lindungan dan disiram 2 kali sehari terutamanya pada musim panas. Pita cantuman hendaklah dibuka setelah selepas 2 hingga 3 minggu. Untuk memastikan kejayaan cantuman, kelarkan sedikit kulit mata tunas dengan pisau cantuman. Sekiranya didapati kulit mata tunas bewarna hijau, ini bererti cantuman yang telah dibuat telah pun berjaya. 7 hari kemudian, potong batang pokok penanti dengan menggunakan gunting pokok lebih kurang 15 cm dari paras cantuman. Ini perlu dilakukan untuk mengurangkan pertumbuhan pucuk dipokok penanti dan bagi menggalakkan petumbuhan tunas pada bahagian cantuman. | ![]() Rajah 5 |
|||
Selepas 2 minggu, potong sebahagian lagi batang pokok penanti iaitu 2.5 cm dari paras cantuman. Ini akan membantu pembesaran pucuk mata tunas. Penanaman diladang bolehlah dilakukan apabila anak benih berumur diantara 8 hingga 10 bulan selepas cantuman dibuat. Dalam tempoh itu penjagaan hendaklah dibuat seperti biasa. Siraman perlu dilakukan 2 kali sehari dan merumput mesti dilakukan 1 bulan sekali diikuti dengan membaja setiap kali selepas kerja-kerja merumput. | ![]() Rajah 6 |
|||
5 6 7 |
Dengan menggunakan
ibu jari dan jari telunjuk kanan, tanggalkan
kulit tunas daripada ranting. Mata tunas
dapat dilihat disebelah dalam kulit tunas dan
pastikan tunasnya tidak cacat ataupun
tertinggal pada kayu ranting. Sila lihat
rajah 4 Kulit tunas ditampalkan dibahagian tetingkap yang telah dibuat terlebih awal pada pokok penanti. Potong bahagian kulit tetingkap sedikit ke bawah dari mata tunas. Sila lihat rajah 5
|
![]() Rajah 3 |