Pengenalan | Perlembagaan | Teknik | Aktiviti | Harapan | Karya | Penghargaan | e-Album
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan

     Laman Web Sains Pertanian Negeri Johor telah lama diwujudkan . Semenjak 1999. Laman Web ini ditubuhkan untuk memenuhi visi dan harapan negara dalam konteks membina negara bangsa ICT. Ini memandangkan tugas untuk memenuhi visi dan harapan negara merupakan satu tugas yang amat sulit dan memerlukan usaha yang berani, bersungguh-sungguh dan secara holistik.
     Dalam konteks pembinaan modal insan khususnya pelajar, pendekatan wahananya perlu menyeluruh yang merangkumi pembinaan kecemerlangan dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam erti kata lain ketiga-tiga aspek pembinaan pembangunan manusia iaitu kogintif, efektif dan psikomotor perlu digembeling dan mesti dicapai.
     Melalui Laman web ini, hasrat pengisian ilmu dan kemahiran berkaitan ICT dalam mengangkat dan memperkasa sains pertanian sangat diutamakan selain memasukkan unsur-unsur lain pembinaan insan iaitu adab budi bahasa, nilai-nilai murni kehidupan, nilai kerohanian serta integrasi dan perpaduan kaum

1.2 Rasional

     Laman Web Sains Pertanian ini diharapkan dapat melahirkan pelajar berilmu yang digarap dan digilap untuk lebih berketrampilan dan maju lagi pada masa akan datang. Ini memandangkan pelajar-pelajar berpeluang untuk mengetengahkan bakat ke saluran yang sewajarnya seperti pertandingan-pertandingan,

1.3 Objektif

Mencungkil dan mengembangkan bakat pelajar dalam mengendalikan laman web Sains Pertanian
Memupuk semangat jati diri, kecintaan terhadap bangsa dan negara, berdisiplin serta berbudi bahasa dan bernilai moral tinggi melalui aktiviti pembelajaran, berpersatuan dan hasil penulisan.
Menimba pengalaman berpersatuan dan kemahiran berkarya daripada tokoh-tokoh penulis tempatan yang mungkin diundang untuk memberikan bimbingan mengenai teknik-teknik penulisan yang sebenarnya.
Menghasilkan karya kreatif dan bukan kreatif yang bermutu serta bernilai murni secara lebih produktif pada masa akan datang.

1.4. Pengendali

En. Bukari Paiman. Guru Cemerlang Sains Pertanian Negeri Johor. Mengajar di


Pengenalan | Perlembagaan | Teknik | Aktiviti | Harapan | Karya | Penghargaan | e-Album