Make your own free website on Tripod.com

SEMENJAK

OGOS 2000

JKD SAINS PERTANIAN    

Batu Pahat & Negeri Johor

           Hit Counter     

 

 

 

Home

PANDUAN MENANAM SAWI

 

 

PENGAIRAN

Sawi memerlukan air yang banyak untuk tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.

KAWALAN RUMPAI

Kawalan rumpai dilakukan secara manual dan dilakukan dua kali sepanjang umur pokok. Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.

PENYEDIAAN TANAH

Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam 15-20 cm. Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar, 7.5m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.

MENANAM

Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas batas. Sebanyak 1.5 kg biji benih digunakan untuk sehektar. Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan ditabur sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas. Selepas 10-14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.

PEMBAJAAN

Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke dalam batas untuk menentukan kesuburan poko. Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :-

Pusingan

Masa

Jenis Baja

Kadar/ Batas

Kadar/Hek. (650 batas)

1

Sebelum menanam

Baja organan

6 Kg

4 tan

2

2 minggu

NPK 15:15:15

0.4 Kg

0.25 tan

3

3 minggu

NPK 15:15:15

0.5 Kg

0.25 tan

PENGUTIPAN HASIL

Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas menyemai. Sayur ini dipungut dengan memotong pada paras tanah hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok mengeluarkan bunga. Pengeluaran hasil adalah di antara 10 16 tan/ ha. Dan hasil purata ialah 14 tan/ha.

 

 

 

Kirimkan e- mail  ke markot@cari.net.my   untuk sebarang pertanyaan atau cadangan ke  web site ini.
dikemaskini : May 29, 2002