KURSUS PENGAJIAN AGROTEKNOLOGI

(KURSUS PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PERTANIAN)

  • Pendahuluan
  • Sesetengah Negara memang bernasib baik kerana mempunyai cuaca yang baik, tanah pertanian yang baik dan mempunyai sumber bahan mentah yang banyak, manakala Negara yang mempunyai sumber bahan mentah tidak menitik beratkan industri pembuatan. Negara yang kurang bernasib baik seperti Jepun dan Taiwan lebih berminat menumpukan perhatian kepada apa yang disebut modal manusia. Itulah sumber utama yang mereka gunakan untuk pembangunan.1 Manakala modal manusia yang dibentuk memerlukan kaedah yang sesuai untuk menguasai ilmu yang akan disampaikan. Ia selalunya dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan pembelajaran secara tradisinya dirujuk sebagai perhubungan dua hala antara guru dan murid. Perhubungan ini selalu di berikan perhatian yang berat oleh pakar-pakar pendidikan kerana di sinilah titik pertemuan ilmu. Samada ilmu itu berjaya disampaikan dengan berkesan atau sebaliknya. Ini kerana nadi sebuah Negara tadi bergantung pada titik pertemuan tersebut.

    Objektif Kursus

    Kursus ini berdasarkan kepada keperluan untuk meningkatkan dan mengembangkan tahap penguasaan pelbagai aplikasi perisian computer.

    a) Mengenalpasti perisian yang terkini yang sesuai di dedahkan kepada pelajar dan guru-guru.

    b) Mengenalpasti dan menghayati perisian teknologi internet dan teknologi pembinaan laman web

    c) Mempelajari dan menghayati perisian yang amat penting iaitu Auto CAD

    d) Mengenalpasti dan mempelajari pembangunan perisian program linear yang digunakan dalam pengiraan makanan haiwan

    Kandungan Kursus

    e) Penulisan laman Web menggunakan kaedah Notepad, HTML dan Microsoft Frontpage disampaikan oleh Dr.Hj.Mohd Zahary USM

    f) Program Landskap perisian yang digunakan ialah Planix landskap dari Adobe

    g) AutoCAD perisian yang digunakan ialah Kit Modellar perisian yang dibangunkan oleh anak tempatan dari Taman Teknologi Tinggi Kulim disampaikan oleh Dr. Ahmad Majid USM

    h) GIS perisian yang mirip peta topo disampaikan oleh Dr. Hj. Mohd Zahary USM.

    i) FEED FORMULATION program linear disampaikan oleh Dr. M. Jaafar MARDI

     

     

     

    Rasional Kursus

    Kursus ini amat penting kerana pelbagai perisian terbaru yang relevan dipasaran dapat didedahkan dan diperkenalkan kepada peserta kursus . Terutamanya untuk matapelajaran agroteknologi Seperti AutoCAD , Feed Formulation, Senibina landskap teknologi laman web mengunakan perisian terkini dipasaran segala kerja kita akan menjadi lebih mudah, berkesan dan tepat. Kursus yang telah dijalankan oleh Jabatan Teknik dan Vokasional untuk menguasai perisian yang sering berubah amat baik dan bermanfaat, sekalipun masa yang diperuntukan amat singkat, pendedahan kursus ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada para pelajar, guru-guru dan jabatan pendidikan setiap negeri.

    Tindakan Susulan Selepas Tamat Kursus

    j) Masa yang diperkenalkan agak terhad untuk menguasai AutoCAD dan FeedFormulation, ianya amat menarik dan penting, maka perlu membeli perisian lain dan merujuk kepada buku-buku yang bersesuaian yang terdapat dupasaran.

    k) Merujuk kepada mereka yang pakar dalam perisian AutoCAD dan feed Formulation

    l) Mengadakan kursus diperingkat negeri terutama untuk guru-guru sains pertanian

    Perancangan Aktiviti Masa Hadapan

    m) Membuat lebih latihan dan ulangkaji untuk kursus yang berkaitan terutama autoCAD, Landskap, Laman Web dan Internet.

    n) Merujuk buku dan rakan-rakan yang mempunyai pengetahuan mendalam dalam kursus yang dinyatakan di 6(a)

    o) Mengadakan kursus untuk guru-guru diperingkat negeri

    Lampiran

    Seperti yang disertakan.