Search: The Web Tripod     X-Men 3
share this page Share This Page  report abuse Report Abuse  build a page Edit your Site  show site directory Browse Sites  hosted by tripod
    Online Degrees « Previous | Top 100 | Next » hosted by tripod

 

PENANAMAN

Penyediaan Tanah
Di Ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 ke 22 cm (6 – 9 inci) supaya pertumbuhan akar baik. Sediakan batas berukuran 12 m (4 kaki) lebar, 25 cm (10 inci) tinggi dan panjangnya mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 60 cm (2 kaki). Gaulkan 50 kg tahi ayam reput ke dalam tanah bagi kawasan 100 meter persegi.
 

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm dari permukaan pasu.

 

Menanam

Di Ladang
Tanam 2 biji benih selubang dalam dua barisan dengan jarak 60 cm (2 kaki) antara barisan dan 45 cm (18 inci) antara pokok. Setelah benih bercambah dan membesar tinggalkan 1 pokok selubang sahaja. Sebanyak 70 gm biji benih diperlukan untuk kawasan seluas 100 meter persegi (1000 kaki persegi).

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Tanam 2 biji benih sedalam 2.5 cm (1 inci). Selepas 2 minggu ditanam tinggalkan satu pokok sahaja dalam satu pasu

 

Menyedia Junjung
Di Ladang
Sokong anak-anak pokok yang berumur 3 minggu dengan menggunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Condongkan kayu-kayu sokongan supaya bertentangan dan ikat di bahagian atas. Lentangkan kayu-kayu pada tiap-tiap sudut yang bertemu. Pastikan anak-anak pokok meliliti kayu sokongan.

 

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Gunakan kayu pancang berukuran 2 m (6.5 kaki). Pastikan anak pokok meliliti kayu sokongan.

 

PENJAGAAN

Menyiram Air
Siram tanaman di ladang atau di pasu pada waktu pagi dan petang setiap hari kecuali hari hujan.

Membaja
Di Ladang
Gunakan baja kimia NPK Blue Special (12:12:17:2) sebanyak 7 kg bagi setiap 100 m (1000 kaki) persegi. Baja ini dibahagi kepada 3 kali pembajaan iaitu pada minggu ke 2, 4 dan 7 selepas menanam.

Dalam Pasu dan Bekas Lain
Tabur 1 sudu the (5 gm) baja NPK Blue Special (12:12:17:2) sepasu setiap minggu.

Merumput
Kawalan rumpai perlu dijalankan sepanjang masa untuk mengelakkan persaingan tanaman dengan rumpai.

MEMUNGUT HASIL

Di Ladang
Pungutan hasil pertama ialah pada 6 minggu selepas menanam. Kutip kacang sebelum biji terbunjul. Kutip 2 hari sekali dalam masa 6 minggu. Hasil dianggarkan sebanyak 100 hingga 175 kg bagi 100 meter persegi. Dengan harga purata RM 2.10/kg, pendapatan kasar bagi 100 meter persegi ialah antara RM 210 hingga RM 367.50.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Anggaran hasil ialah 0.5 kg sepokok.