LAPORAN  AMALI   1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengenalan

            Media adalah bahan yang penting untuk meneruskan proses pertumbuhan dalam penghidupan pokok-pokok. Media adalah  tempat pertapakkan akar setelah mengalami proses percambahan biji benih.  Bahan media ini akan menggantikan kandungan kotiledan dalam biji benih untuk meneruskan kehidupannya dengan membekalkan bahan mineral perlu. Kandungan mineral yang terdapat pada media ini akan menentukan cepat atau lambatnya proses pertumbuhan tumbuhan tersebut.  Media yang mempunyai kandungan mineral yang lengkap akan meningkatkan kecekapan lagi perose pertumbuhan.  Walau bagaimanapun faktor-faktor lain seperti kebakaan, iklim dan faktor persekitaran memainkan peranan dalam proses pertumbuhan seterusnya.

 

 

Kajian bertulis

 

            Media yang digunakan terdiri dari komponen

            i.          Tanah lapisan atas.

            ii.          Bahan organik.

            iii.        Pasir

 

i.  Tanah lapisan atas

            Tanah lapisan atas adalah merupakan tanah yang berada pada zon yang teratas atau zon O1 dan O2  mengikut pengklasan nomenklatur horizon tanah ( USDA,1960; SSSA,1975).  Tanah lapisan atas ini biasanya berada pada kedudukan 0 hingga 15 sm dari paras tanah tetapi ia bergantung kepada kedudukan geografi.  Kandungan utama yang terdapat pada tanah lapisan atas ialah bahan organik yang separa reput dan humus.  Disebabkan terdapatnya humus yang tinggi maka warna tanah ini adalah keperangan atau warna kegelapan.  Tanah ini maseh mengalami proses perputan yang tinggi maka keadaan ini menyebabkan tanah ini berasid.  Disamping itu juga ia mengalami proses larut resap yang aktif bila hujan berlaku juga membantu dalam merendahkan pH tanah tersebut.  Tanah ini penting kerana ia banyak menggandungi mineral perlu.

 

ii.   Bahan Organik.

            Bahan organik ialah komponen tanah uyang amat penting.  Humus yang bercas negetif itu bertindak dengan liat dan pasir untuk membentuk agregit.  Tanah yang tinggi bahan organiknya mempunyai struktur yang baik dan agregat yang stabil.  Selain dari mempengaruhi sifat-sifat fizikal tanah, bahan organik juga mempengaruhi sifat-sifat kimianya.  Biasanya  daripada KPK tanah horizon A datangnya dari bahan organik.  Bahan organik juga membekalkan tenaga dan bahan untuk pertumbuhan mikroorganisma.  Punca asal bahan organik tanah ialah tisu tumbuhan,organisma tanah yang mati dan mereput selkain dari itu binatang-binatang akan membuang najisnya di atas tanah.  Oleh kerana sifatnya yang begitu rupa maka maka bhan organik ini berwarna hitam.  Akhir sekali bahan organik akan membekalkan zat makanan tumbuhan kepada tanah.

 

ii.  Pasir

            Pasir adalah butiran silikon yang bergaris pusat  2.0-0.2 mm untuk pasir kasar dan pasir halus 0.2- 0.05 mm mengikut USDA.  Saiznya yang kasar dan tidak mudah pecah ini memyebabkan ia berperanan sebagai pembentuk  ruang udara.  Ruang udara ini akan membantu akar memasuki ruang pada tanah dengan mudah.  Ikatan yang longgar antar kumin-kumin antaranya akan menyebabkan ia tidak mudah menyimpan air.

 

A.Semaian Dalam Tray

            Tumbuhan :  Marigold

            Media yang digunakan  :

                        1.   Tanah lapisan atas

                        2.   Pasir

                        3.   Bahan organik

                        4.   Vermiculite

                        5.   Hydocone

                        6.   Jiffy Peat Pot

                        7.   Campuran : 3 : 2 : 1

                        8.   Campuran : 2 : 1 :1

                        9.   Campuran:  - : ! :1

                        10.  Cornell mix : Gambut + Vermiculite + Dolomite + Superphospate +                                           NPK

                        11.  Campuran : 1 : - : 1

                        12.  Campuran : 1 : 1 ( gambut + top soil)

 

Peralatan bagi keseluruhan amali.

                        i.   Plug Tray

                        ii.   Biji benih marigold

                        iii.  Poli beg

                        iv.  Keratan acalypha

                        v.   Tray

                        vi.   Media

 

Kaedah:

 Menyemai biji benih  dalam media yang berlainan

            Media yang digunakan termasuk ke dalam " Plug Tray".  Sebelum ditanam media dibasahkan terlebih dahulu, setiap ruang pada plug ditanan dengan 3 biji benih.  Bagi "Jeffy peat pot " ia perlu direndam sebelum digunakan.  Media yang telah siap ditanam diletakkan di dalam plastik house.

 

B.Semaian Dalam Polibeg

( 4 Intensiti Cahaya )

            Tanaman: Marigold

            Media :   

                        1.   Campuran 3 ; 2; 1

                        2.   Campuran 3: 2 : 1 + GML +  TSP

           

Kaedah:

            8 polibeg telah disediakan.  Media yang digunakan ialah campuran 3 : 2 :1 dan

3 : 2 : 1 + GML + TSP .  Tiap-yiap polibeg disemai dengan 10 biji  benih marigold.  Polibeg tersebut diletakkan pada 4 tempat yang berasingan.  Ini untuk mnguji kesan cahaya pada pertumbuhan pokok-pokok tersebut:

                        a.   Di bawah lindungan turnel ( Jaring Hitam ) ( 70 % cahaya )

                        b.   Glass house ( 90 %  cahaya )

                        c.   Plastik house ( 80 % cahaya )

                        d.   Tanpa lindungan ( 100 % cahaya )

            Terdapat 4 ciri-ciri media yang sesuai digunakan untuk tumbesaran biji benih dan juga tumbuh-tumbuhan.  Ciri-ciri tersebut:

                        a.   Nuterin diperlukan oleh tumbuhan untuk tumbesaran dan ia perlu                                   media.

                        b.   Oksigen diperlukan oleh itu perlu ada pertukaran udara.

 

                        c.   Media yang digunakan perlu mempunyai daya pegangan air yang                                      tinggi.

                        d.   Media mesti memberi sokongan yang kukuh pada akar.

 

            Dengan mengetahui pekara-pekara berikut maka kita dapat mengadakan yang terbaik untuk pertumbuhan semaian kita.

            Setelah pokok dalam plug tray tumbuh dan membesar kira-kira 5- 7 cm pindahkan ke dalam polibeg sebanyak 30 pokok.  Asingkan kepada kepada 3 bahagian  ( 10 pokok untuk 1 bahagian ).  Tiap bahagian buat pembajaan berasingan:

                        Bahagian 1  :  Semburan  Grofas (ICI )

                        Bahagian 2 :   Semburan Miricle grow ( USA )

                        Bahagian 3 :   Semburan CAM ( Australia ) [ CENT 4 ]

            Semburan dibuat seminggu 1 kali ( Hari Amali,Hari Jumaat )

 

C.  Keratan Separakeras Acalypha

( Dalam Tray)

            Media:

                        1.   Campuran tanah + gambut

                        2.   Campuran pasir + gambut

                        3.   Campuran tanah + pasir

                        4.   Pasir

                        5.   Jiffy Peat Pot

 

Kaedah:

            Masukkan media kedalam tray.  Setelah mencelup dengan hormon pengakar pada batang pokok acalypha tanamkan ke dalam tray .  Setiap tray mengandungi 10 keratan.  Buat penjagaan seperti biasa.

 

 

D.Menguji Pelbagai Bahan Organik Di dalam Media

( Dalam polibeg)

            Tanaman:  Jagung

            Media :

            1.   Campuran  3 : 2 :1  + GML + Najis ayam ( Holland).

            2.   Campuran 3 : 2 : 1  + GML  + Hampas kacang soya.

            3.   Campuran 3 : 2 : 1  + GML  + Grow peat

                                    2 polibeg ditambah 100 g mikroriza.

            4.   Campuran 3 : 2 : 1  + GML  +  Compelet Humus

                                    2 polibeg ditambah 100g mikroriza.

            5.   Campuran 3 : 2 : 1  + GML  +  Tandan kelapa sawit

                                    2 polibeg ditambah 100g mikroriza

 

 

 

 

 

Keputusan:

A.   Peratus percambahan pokok marigold dalam tray.

                                                                       

B.  Semaian marigold dalam polibeg- 4 intensiti cahaya

 

 

 

 

C.  Keratan Separakeras Acalypha : Dalam tray.

 

 

D.  Menguji Pelbagai Bahan Organik di dalam Media 3 : 2 : 1 + GML

       Polibeg Jagung manis ( 8 minggu )

 

 

Perbincangan:

Amali A

            Semaian dalam tray pokok marigold yang disemai dalam media berbeza. Daripada 12 media yang digunakan didapati:

i.          Peratus percambahan tertinggi diperolehi pada media Jeff Peat pot iaitu 100 %, Kedua ialah Vermiculite iaitu 91 % dan lapisan tanah atas ialah 79.16 %.

ii          3 jenis baja daun 10: 10: 10 iaitu

                                    1.  Grofas (ICI)

                                    2.   Miricle grow ( USA)

                                    3.  Cam ( Australia ) (Cent4)

            Dapatan:

            Grofas- pertumbuhannya baik dan mengeluarkan bunga banyak

            Miricle grow- pencapaian sederhana.

            Cent 4- Daun menjadi warna perang.

 

ii.         Peratus percambahan paling rendah ialah media Hydrocone iaitu 0 dan media campuran Cornell mix: gambut + Vermiculate + dolomate + Super phosphate + NPK.

iii.        Hydrocone tidak boleh menakung air jadi biji benih tidak boleh mendapat air yang mencukupi. Manakala kandungan Cornell mix mungkin mengandungi bahan yang terlalu tinggi baja.

 

Amali B

Semaian pada polibeg pada intensiti cahaya yang berbeza.

i.          Kadar percambahan yang tertinggi dihasil daripada pokok yang berada pada kawasan intensiti cahaya 70 %( bawah bumbung plastik).

ii.         Kadar perambahan yang terendah ialah di kawasan terbuka( 100  % cahaya), tidak adak pokok tumbuh.

 

Amali C

(Keratan separakeras Acalypha )

1.         Kadar percambahan yang paling tinggi ialah pada media pasir iaitu 100%.

2.         Kadar percambahan yang paling rendah ialah pada media tanah gambut dan Jeffy peat pot.

 

Amali D

Menguji Pelbagai B. Organik di dalam Media Polibeg- Jagung Manis.

i.          Kadar percambahan yang rendah ialah pada media tahi ayam Holland.

ii.         Lain-lain keputusan adalah diragui kerana benih jagung telah rosak atau hilang sebelum sempat ia bercambah.

 

Kesimpulan:

            Terdapat berbagai kepentingan media untuk mempercepatkan proses pertumbuhann ia bergantung bagaimana bahan tanaman itu ditanam. Jika menggunakan biji benih Jiffy peat pot adalah sesuai, manakala bagi tumbuhan keratan media pasir juga berkesan untuk mempercepatkan pertumbuhan akar.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semaian

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

menggunakan Tray untuk biji benih marigold

dengan media berbeza

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Marigold mula tumbuh dengan kadar yang berbeza

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Persediaan media dalam  polibeg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pandangan kawasan semaian Kump. 4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semaian dalam polibeg dalam 4 intensiti berbeza

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semaian pada intensiti 80% cahaya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semaian Marigold yang dipindahkan ke polibeg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kawasan semaian keseluruhan kumpulan 4

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Semaian keratan Separa keras Acalypha

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Menguji Pelbagai B. Organik di dalam media- Jagung manis.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pokok marigold yang sudah besar dipindahkan ke polibeg.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pokok Acalypha yang berakar .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Laporan Amali 1 B

Pengenalan

            Hortikultur boleh didefinasikan sebagai penggabungan nseni dan sains dalam proses penanaman, pengurusan, tanaman hiasan, sayuran dan buah-buahan.  Ia adalah berasaskan pertanian intensif dengan pembiayaan yang tinggi  dalam masa pengeluaran dan pengendalian.   Sehubungan dengan itu seharusnya ia boleh menghasilkan pendapatan yang tinggi

            Unit Hortikultur di UPM ini ditadbir di bawah Bahagian Ladang, bahagian yang terbesar dan utama di UPM.  Unit Hortikutur memainkan peranan yang penting dalam mengujudkan kawasan UPM yang indah.   Secara ringkasnya Unit ini berperanan memberi dan menyediakan khidmat pengajaran dan pembelajaran, menyediakan khidmat dalam pembiakan tanaman buah-buahan dan hiasan.  Disamping itu juga ia memberi khidmat dalam aspek penyelidikan.  Pelbagai kemudahan disediakan bagi menjayakan berbagai aktiviti berkaitan antarnya ialah:

            Jenis-Jenis Bangunan Yang Terdapat di Unit Hortikultur.

1.Bangunan Pejabat.

            a.  Pejabat pengurus- berbagai kemudahan diujudkan untuk pengurusan dan             juga penyimpanan bahan dan makumat penting.

            b. Ruang perbincangan dan kuliah- memudahkan perbincangan dan kuliah    disampaikan.

            c.  Stor Alatan- barang-barang yang berharga boleh disimpan dalam stor yang berkunci

            d.   Stor bahan kimia- bahan kimia adalah bahan bahaya maka ia harus diasingkan dari bahan-bahan lain.    

            e.      Ruang tempat penyimpanan juga boleh diletakkan di bangunan ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebahagian dariapada stor peralatan dan bahan

 

2.   Tempat Pemasuan

            Merupakan tempat menyimpan dan mencampurkan bahan-bahan untuk di buat medium pemasuan dan struktur bangunannya berbumbung, ini untuk mengelakkan dari panas dan hujan,.

 

 

3.   Rumah Lindungan

            Bangunan ini bertujuan memberi perlindungan kepada tumbuhan yang baru ditanam, dipindah atau dirawat daripada terkena pancaran cahaya matahari yang keterlaluan dan hujan yang lebat.

            Jenis- jenis rumah lindungan yang terdapat

            1.  Bumbung Plastik

            2.  Bumbung asbestos dengan perspek lutsinar

            3.  Bumbung kaca

            4.  Bumbung kayu berselang

            5. Bumbung net hijau.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rumah lindungan kaca

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Bumbung asbestos dengan perspek lutsinar

 

            Fungsi Rumah lindungan:

            1.  Rumah lindungan kebuk plastik

                        -  pembiakan keratan/cantuman

                        -  kawasan rawatan

            2.   Bumbung asbestos dengan perspek lutsinar

                        -  pembiakan keratan/cantuman

                        - semaian bijibenih

            3.   Bumbung kaca

                        -  pembiakan keratan cantuman

 

            4.   Bumbung net hijau

                        - pembesaran pokok

                        - semaian

            5.   Bumbung kayu berselang

                        -pembesaran pokok

                        -pokok dalam pasu

 

            6.   Kawasan terbuka

                        -pengerasan pokok

 

Jenis Pengairan

            a.  Pengairan titisan

            b.  Sprinkler

            c.  Semburan kabus

 

Alat pengpam/tangki:

            Bekalan air yang mencukup perlu untuk sebuah unit hortikultur , air yang sentiasa ada perlu dengan menyimpan bekalannya daalam tangki.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pandangan bahagian dalam rumah bumbung kaca

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Unit semaian biji benih

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Biji benih disemai dalam polibeg

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kawasan pengerasan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Palung semaian

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Mesin pengam dan tangki penyimpanan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pengairan sprinkler

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sistem pengairan titisan.

 

Kesimpulan:

            Kemudahan yang terdapat di Unit Hortikultur adalah mencukupi dan bersesuaian dengan masanya.  Segala keperluan ini akan sentiasa memberi kemudahan kepada mereka yang menggunakan unit ini, kerana pertambahan bilangan pelajar yang semakin amai maka kemudahan ini sudah semakin berkurang.  Disamping itu atas perkembangan dan keperluan masa kini maka adalah lebih baik segala kemudahan ini diperbaharui agar ia tidak ketinggalan zaman.

 

 

 

 

 

 

           

Markot

 

Pengenalan:

            Proses pembiakan asek  bagi mengeluarkan akar pada bahagian tampang pokok induk bagi tujuan memperbanyakkan bilangan pokok. Pokok jenis ini memerlukan makanan dari induknya semasa proses pengeluaran akar bagi tanaman baru. Bahagian yang digunakan ialah cabang( ranting ) dari pokok yang terpilih.  Proses ini dilakukan tanpa memisahkan bahagian tersebut daripada induknya.  Kaedah ini digunakan kerana beberapa jenis tanaman sukar untuk mengeluarkan akar terutamanya untuk pokok jenis kayu keras seperti kenaga, cempaka, limau dan ciku.

 

Kaedah Pembiakan Markot

            1.   Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

                        a.  Media

                            i. Tanah campuran

                                    Tanah campuran yang kaya dengan bahan organik dan bersaliran                                           baik dengan nisbah 2:1,  2 bahagian tanah peroi dan 1 bahagian                                             bahan organik.  Tanah campuran ini dicampur dengan air bagi                                                 memudahkan pembentukan gumpalan sebesar telur ayam.                                                        Disamping itu kelembapan gumpalan ini akan menjadi bekalan air                                          kepada pokok.

                             ii.   Lain-lain media yang baru dicipta dan ditemui boleh digunakan                                                 untuk menggantikan tanah campuran seperti :

                                                1.   Jiffy pot

                                                2.   Sabut

                                                3.   Vermiculite.

 

                        b.   Alat Pembalut dan tali pengikat

                              i.  Pembalut yang sesuai ialah plastik lutsinar berukuran (10smX                                        15sm).   Penggunaan pembalut lutsinar adalah bertujuan untuk                                                 memudahkan pengelihatan apabila akar telah keluar serta air yang                                         terkandung dalam balutan tersebut.  Jika gumpalan kelihatan                                        kering, air perlu diberi.

                             ii.  Tali pengikat bolehlah digunakan tali rafia,tali guni atau dawai.

                       

                        c.   Alat

                                    i.   Pisau cantuman

                                    ii.  Sekatiur

 

                        d.    Hormon pengakar

                                    Hormon pengakar perlu digunakan untuk mempercepatkan proses                                          pengeluaran akar serta memperbanyakkan bilangan akar.

 

            2.   Memilih ranting yang sesuai

                        a.  Pilih hanya pokok yang sudah dikenal pasti klon bermutu untuk                                                 penghasilan yang dikehendaki.

                        b.   Pilih dari okok yang sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang                                      serangga.

                        c.   Ranting mestilah dari dahan berkayu keras atau sederhana keras                               sebesar jari atau kira-kira ukur lilit  2.5- 3.0 sm.

                        d.   Ranting yang dipilih mestilah elok bentuk , lurus dan berkeadaan                                  seimbang.

                        e.   Mempunyai banyak bilangan mata tunas bagi memudahkan ia                                                 mengeluarkan tunas baru dengan cepat.

 

            3.   Cara Pembiakan markot

                        a.   Pilih ranting seperti diterangkan di atas.  Buangkan ranting-rantig yang                                   terdapat pada sekitar tempat untuk membuat kelaran.  Ia bertujuan                                    untuk memudahkan kerja-kerja melakukan markot dan juga ia boleh                                 mengurangkan proses tranpirasi disekitar ranting itu.

 

                        b.   Buat kelaran pertama sekeliling ranting dengan menggunakan pisau                                      cantuman.  Bagi kelaran kedua ia jaraknya ialah kira-kira  3sm jauhnya                                        daripada kelaran pertama.

 

                        c.   Kupas kulit di antara dua kelaran dengan menggunakan pisau secara                                   keseluruhan.  Setelah kulit terkupas kikis keliling  bahagian kambiumnya                             sehingga ia kelihatan kering.

                        d.   Sapukan hormon pengakar pada bahagian atas kelaran.  Tempat ini                                      merupakan tempat yang utama akan mengeluarkan akar.

 

                        e.   Buat kepalan sebesar telur ayam atau kira-kira boleh menutupi                                                bahagian yang terkelar.  Perlu diingatkan tanah campuran ini mesti                                 dicampurkan dengan air bagi memudahkan ia melekit dan air boleh                                    dibekalkan pada pokok.

 

                        f.   Ikat plastik pembalut pada bahagian bawah dengan tali terlebih dahulu                               bagi mengelakkan gumpalan terjatuh sebelum sempat diikat.

 

                        g.   Lekapkan campuran tanah yang telah digumpal di bahagian ranting                                      yang telah dikikis tadi.  Tentukan ia berkeadaan padat dan melekap                                    dengan baik.

 

                        h.  Ikat pada bahagian atas gumpalan sambil mengemaskan susunan                                          plastik agar ia tidak terdedah atau terselak.  Jika plastik ini terdedah ia                                      akan menyebabkan gumpalan menjadi kering dan markot ini tidak                                       berjaya.

 

                        i.   Selepas 1-3 bulan tut ini akan mengeluarkan akar dan bolehlah                                               dipotong pada bahagian bawah dan diubah ke dalam beg plastik.

            4.   Penjagaan

                        a. Selepas beberapa minggu markot dibuat , ia perlu diperiksa untuk                              memastikan gumpalan menjadi kering dan keras.  Ia terjadi disebabkan                                    terdapatnya ruang yang terkoyak atau terselak pada pembalut plastik.                                    Jika ini berlaku air harus diberi untuk mengelakkan kematian markot.

                        b.  Penjagaan selepas pemotongan markot dan penanaman dalam beg                                     politina adalah berupa memberi perlindungan dan langkah-langkah                                     yang lain seperti dalam proses penanaman dalam tapak semaian. 

                            Langkah  itu ialah penyiraman, pembajaan, pemgawalan perosak ,

                            pengawalan penyakit, kawalan rumpai dan sebagainya.