Selamat Datang ke Laman Web

JKD Sains Pertanian Batu Pahat

 

 

dilancarkan sejak ogos 2000 [ edisi ke lima  2002]   dikemaskini pada 29 julai 2002
 
anda  pengunjung  ke 

 

    

                                
PPD B. Pahat
Guru SPT Batu Pahat
Kerjaya S. pertanian
Link ke laman lain
Pelajar  SPT  B. Pahat
silibus baru
 
email- saya di
markot@cari.net.my

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HIDROPONIK UNTUK WARGAKOTA

 



PENDAHULUAN

Penanaman secara hidroponik ialah satu kaedah menanam tumbuhan tanpa menggunakan tanah. Kaedah ini menggunakan larutan zat makanan di dalam takungan yang berisi air. Ianya amatlah mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rumit.

Terdapat beberapa sistem penanaman secara hidroponik tetapi "hidroponik takung" adalah yang disyorkan bagi wargakota kerana mereka mempunyai kawasan untuk bertanam yang terhad.

HIDROPONIK TAKUNG

1. Kelebihannya

 

    (a) Kos rendah dan tidak memerlukan kerja-kerja yang berat seperti mencangkul , merumput dan menyiram.

    (b) Dapat mengeluarkan hasil yang tinggi dan bermutu dalam kawasan yang sempit seperti beranda (balcony)atau halaman dalam (patio) rumah-rumah pangsa, kondominium dan sebagainya.

    (c) Memerlukan kawalan penyakit/ serangga yang minimun. penggunaan racun perosak yang rendah, justeru itu tidak terdedah kepada risiko sisa baki racun perosak.

2. Kaedah Penyedian Dan Peralatan Yang Diperlukan

(a) Takung Hidroponik

 

    Untuk pokok hidup subur, takung hidroponik hendaklah tidak telus cahaya, tidak serap panas dan tidak berkarat. Panjang dan lebar takung tiada dihadkan tetapi tinggi takung dihadkan kepada 10-15 cm sahaja. Untuk kemudahan, adalah disyorkan supaya digunakan takung plastik berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 lebar yang dilengkapkan dengan penutup polistirena yang berlubang serta bakul-bakul semaian.

    Takung ini boleh menampung sebanyak lapan pokok sayuran berdaun seperti Gambar (1) dan (2). Jenis takung ini adalah sesuai untuk sayur-sayuran berdaun sahaja.

    Penutup takung adalah perlu untuk melindungi larutan baja di dalam takung dari terkena sinaran dan kepanasan matahari serta kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang sesuai digunakan adalah kertas tebal, plastik atau polistirena. Penutup ini hendaklah mempunyai lubang-lubang dibuat untuk meletakkan bakul semaian.Jarak lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.Takung dan penutup ini boleh dibeli dari kedai-kedai swasta tertentu.

(d) Bakul dan Media Semaian

 

    Bakul semaian plastik kecil yang berlubang diletak pada lubang-lubang di penutup takung. Benang , atau perca kain dari jenis yang boleh menyerap air diletakkan di dalam bakul semaian sebagai media percambahan biji benihJuntaikan perca kain atau benang tersebut melalui lubang-lubang dinding bakul sumbu supaya dapat meresap larutan air baja

    Pada permulaan penanaman, bahagian bawah bakul perlulah direndam dalam larutan baja buat seketika untuk membasahi media tanaman.

(c) Penyediaan Larutan Baja

 

    Gunakan baja hidroponik komersil dengan kadar yang disyorkan pada label. Baja ini boleh dibeli dari kedai-kedai pembekal baja swasta tertentu.

    Air paip atau air tangki yang digunakan untuk penyediaan larutan baja hendaklah yang telah lama tersimpan kerana ianya bebas dari klorin. Air hujan boleh digunakan juga tetapi perlu mengambil air selepas pertengahan hujan lebat supaya tidak mengandungi bahan-bahan kotor.

(d) Menyemai

 

    Semai sebanyak 2-4 biji benih ke dalam satu bakul semaian. Tinggalkan kepada 1-2 pokok sebakul seminggu selepas benik bercambah. Elakkan benih dari terendam dalam larutan.

(e) Penjagaan

 

    Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah terlindung dari hujan dan mendapat sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari. Pastikan air hujan tidak masuk ke dalam takung supaya larutan baja tidak menjadi cair.

    Kawalan serangga/penyakit boleh dibuat dengan menbuang bahagian yang diserang atau menangkap perosak dengan tangan. Jika perlu semburkan dengan racun perosak tanaman. Elakkan semburan racun kimia sekurang- kurangnya satu minggu sebelum memungut hasil.

PERHATIAN


    Rajah 1: Kaedah Penanaman Hidroponik Takung

     

    (a) Pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok permukaan air untuk pernafasan akar. Sila lihat Rajah 1 yang disertakan.

    (b) Gunakan media dalan larutan yang baru untuk setiap penanaman.

    (c) Basuh dengan semperna takung, penutup dan bakul selepas setiap penanaman.

    (d) Disyorkan supaya memasukkan 2 gm Abate iaitu racun untuk menghalang pembiakan jentik-jentik dalam larutan baja.

    (e) Sila berhubung dengan Jabatan Pertanian di negeri-negeri atau Ibu Pejabat Kuala Lumpur sekiranya terdapat sebarang kemushykilan.

     

     


SELAMAT MENCUBA !

Cetakan 1995
No. Terbitan : BP 81.1/2-95/3R
Diterbitkan oleh Jabatan Pertanian,
Kuala Lumpur.