SEMENJAK

OGOS 2000

JKD SAINS PERTANIAN    

Batu Pahat & Negeri Johor

           Hit Counter     

 

 

 

Home

PENANAMAN cili

Penyediaan Tanah
Di Ladang
Bajak dan gemburkan tanah sedalam 15 hingga 22 cm (6-19 inci). Sediakan batas berukuran 1.2 m (4 kaki) lebar dan 22 hingga 30 cm (9-12 inci) tinggi. Panjang batas mengikut keadaan kawasan. Jarak antara batas ialah 45 cm (1.5 kaki). Gaulkan tahi ayam reput sebanyak 25 kg bagi 50 meter persegi (500 kaki persegi) kawasan.

 

 Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain


Gunakan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput atau kompos dan 1 bahagian pasir. Isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5 cm (2 inci) dari permukaan pasu.

 
Menyedia Anak Benih
Bagi tanaman di ladang, sediakan kotak semaian berukuran 45 cm (18 inci) panjang, 22 cm (9 inci) lebar dan 10 cm (4 inci) tinggi. Isikan kotak semaian dengan tanah campuran mengandungi 3 bahagian tanah, 1 bahagian tahi ayam reput dan 1 bahagian pasir. Semai 5 gm biji benih ke dalam kotak semaian secara barisan dan tutup benih dengan lapisan nipis tanah. Jarak tanaman ialah 5 cm (2 inci) antara baris dan 2 cm (1 inci) antara pokok. Siram dengan penyiram yang mempunyai semburan halus dua kali sehari. Kotak semaian mesti dilindungi daripada cahaya matahari dan air hujan yang berlebihan. Ubah anak benih ke ladang 3 hingga 4 minggu selepas disemai. Sebelum diubah ke ladang, dedahkan anak benih kepada cahaya matahari selama 3 hingga 4 hari untuk mengeraskannya.
 
 

 

 

Menanam
Di Ladang
Anak benih yang berumur 6 minggu boleh diubah terus ke batas. Sebelum mencabut, basahkan kotak semaian supaya anak benih senang digali. Kemudian, gali anak benih dengan segumpul tanah dan tanam terus ke batas. Jarak tanaman ialah 90 cm (36 inci) antara pokok dan 150 cm antara baris.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Semai terus 3 atau 4 biji benih ke dalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm (1 inci). Tinggalkan hanya sepokok setiap pasu 2 minggu selepas menanam.

PENJAGAAN

Menyiram
Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali hari hujan.

Membaja di ladang
Tabur baja NPK Blue Special (12:12:17:2) di keliling pokok dengan kadar 1 sudu besar atau 10 gm sepokok setiap dua minggu.

Sungkupan
Di Ladang
Gunakan rumput-rumput kering atau pelepah kelapa sebagai sungkupan.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Gunakan rumput-rumput kering.

Merumput

Bersihkan batas daripada rumpai dengan menggunakan tanah, cangkul atau tajak. Bagi tanaman dalam pasu cabut rumpai untuk mengawalnya.

MEMUNGUT HASIL

Di Ladang
Cili boleh dipetik 8 minggu selepas diubah ke ladang. Pungutan hasil dibuat setiap 3 atau 4 hari. Anggaran hasil dari kawasan 20 m (500 kaki) persegi ialah 100-200 kg.

(a) Cili Hijau

Harga ialah antara RM4 ke RM6.
Pendapatan kasar ialah antara RM400 ke RM1200.

(b) Cili Merah

Harga ialah antara RM5 ke RM 8.
Pendapatan kasar ialah antara RM500 ke RM1600.

Dalam Pasu dan Bekas-Bekas Lain
Mulalah memetik buah 12 minggu selepas ditanam. Anggaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.

 

 

 

 

 

 

 
 

 

Kirimkan e- mail  ke markot@cari.net.my   untuk sebarang pertanyaan atau cadangan ke  web site ini.
dikemaskini : May 29, 2002