Apabila saya mengambil alih jawatan setiausaha JKD  Sains Pertanian sekitar tahun 1999 maka terbitlah ura-ura dari pengerusi JKD pada masa itu En. Bakar Sidek ( Sekarang Pengetua SDBL)  agar sains pertanian mempunyai laman webnya sendiri.  Maka dalam serba tak tahu maka saya memberanikan diri menghasilkan laman web sains pertanian. Kelakar juga kalau tengok laman web asal. Kalau saya masih ingat saya  uploadkan atau hasilkan melalui geocities. Tapi...akhirnya hilang begitu sahaja....

 Laman ini mula-mula dilancarkan pada 1999 namun ianya tidak begitu interaktif dan berkesan.  Puas saya  mencuba tapi tak mahu juga. Akhirnya seorang teman (cikgu Senan) namanya  dari beliau saya belajar. Dia kata senang aje buat laman web ni. Setelah belajar dari Cikgu Senan  secara  PJJ akhirnya  setahun kemudian saya berjaya melancarkan laman web yang agak sesuai di pandang mata. Boleh le... Pun masih tidak berpuashati juga. Nampaknya macam budak baru belajar sedih betul saya tengok rupa laman web tu. Tapi tak apa lah. Saya belu buku dan cuba sendiri... dari satu tahap ke satu tahap....dalam seribu kepayahan saya melayari laman web lain. Tiba-tiba saya ternampak seorang guru sains pertanian melancarkan laman webnya... cikgu Idrus

 

Selepas itu saya merujuk pada lamannya saya ambil bahan-bahan dari tempatnya. Puas juga saya hubungi beliau tapi entah kenapa tak ada respon. Laman web Idrus Kadir  simple dan mudah. Senang nak download. selepas itu pada sekitar tahun 2001 dan 2002  selepas membuat ulangkaji yang berterusan akhirnya dapatlah laman web sepertimana yang anda lihat sekarang. Saya juga berguru sampai ke Penang. USM lagi.

 Tapi kalau dah berguru ke padang datar

Dapat rusa berbelang kaki

Kalau berguru dengan orang yang dah pandai

Apapun tak jadi...

Penghabisnya saya belajar dari internet sahaja. banyak sebenarnya yang ada di laman web. Di situlah saya belajar.Kepada teman-teman yang melawat terima kasih. Kalau ada teguran tulislah....

 

Bukari Paiman