Gotong Royong landskap  dgn majlis daerah

PPD Batu Pahat - 15  ogos 2001 Tahniah !!!kepada guru-guru pertanian  dan pelajar-pelajar dari 

bullet

SMK Tun Ismail   ...S/U  JKD

bullet

SMK Datuk Menteri...Cikgu Rashid  bendahari JKD

bullet

SMK Kolam Air...Cikgu Azman Bakri

bullet

SMK Dato Onn....Cikgu Saifulnizam

bullet

SMK Rengit...Cikgu Hamdan

Kursus Amali di Hotel Selesa

JPNJ  Johor- Jabatan akan mengadakan kursus selama tiga hari di hotel Selesa Pasir Gudang untuk guru-guru sains pertanian. Pengisian kursus termasuklah berkaitan amali sains pertanian. Ia nya akan di adakan pada 20 hingga 22 hb Ogos 2001 bermula pada hari selasa. Kepada guru-guru sains pertanian di harap bersedia. 

Cikgu Rashid - Kursus Bioteknologi di Pahang

Ayer Hitam. Cikgu Rashid dari SMK Datuk Menteri telah menghadiri satu kursus Bioteknologi  anjuran KPM  di Pahang pada 6 hingga 11 hb ogos 2001. Kursus bioteknologi  ini telah disertai oleh seluruh peserta dari perlis hingga ke Sabah. Kami akan menemuramah dan memberikan apa jua maklumat kursus dalam bentuk nota dan gambar. Bersabar.

Kursus Landskap di Hotel Garden

Batu Pahat-Kursus Landskap di Hotel garden 13 hb Ogos 2001 hari isnin jam 8.00 pagi. Guru-guru Sains Pertanian daerah Batu Pahat  dapat mengingati tarikh  tersebut.Untuk makluman tarikh asal telah dicepatkan ke tarikh sekarang.

Gotong Royong Kali Kedua

Batu Pahat-Hari Sabtu jam 8.30pagi 11 hb Ogos 2001 semua guru sains Pertanian diharap dapat menghadirkan diri di PPD Batu Pahat untuk menjalankan projek gotong royong. Nampaknya kehadiran teman-teman untuk memeriahkan majlis kita tidak sehebat yang kita harapkan.Hujan di awal pagi nampaknya memuramkan suasana di lapangan PPD. Hanya beberapa sekolah yang menjengukkan muka. Diharapkan perkara ini tidak berlarutan.

  1. SMK  Tun Ismail  dengan 3 orang pelajar  Cikgu Bukari

  2. SMK Dato Onn 4 orang pelajar  Cikgu Saiful

  3. SMK Seri Medan Cikgu Kamaruzali

  4. SMK Kolam Air Cikgu Norazah

  5. SMK Semerah  Cikgu Yusof

Apa kata  ....kita  ...Gotong royong sambil Berjumpa   sebagai acara bulanan

Batu Pahat 28 Julai 2001 - Gotong royong sambil beramah mesra bagi guru-guru Sains Pertanian akan di adakan tepat jam 8.00 pagi di hadapan PPD. Inilah masa yang paling sesuai bagi kita guru-guru yang sibuk mengelolakan pelajar di bilik darjah kali ini kita turun padang mengeluarkan peluh sambil bertukar-tukar pikiran dengan teman-teman dalam keadaan lebih relaks. Hawa pagi sambil memerah keringat dan berbual-bual barangkali dapat mengurangkan tension sepanjang minggu. Kepada teman-teman jemputlah ke PPD. Marilah kita martabatkan Sains Pertanian sebagai matapelajaran yang terbaik. senarai sekolah yang telah bergotong-royong .Terima Kasih!

  1. SMK Tun Ismail

  2. SMK Dato Onn

  3. SMK Datuk Menteri

  4. SMK Dato Seth

  5. SMK Penghulu Saad

  6. SMK Kolam Air

  7. SMK Tongkang Pecah

 

Soalan S.Pertanian dalam bentuk CD-Rom (panas)

Tun Ismail- 26 Julai 2001- JKD Sains Pertanian Batu pahat akan mengeluarkan soalan-soalan sains pertanian dalam bentuk CD-ROM, kepada guru-guru  dan pelajar-pelajar sedikit masa lagi diharap boleh  bersedia  dari sekarang untuk membuat tempahan.  Ia mudah digunakan harganya berpatutan  RM12.00 ada diskaun lagi!

 

Bersama Tuan Hj. Fatah

PPD  Batu Pahat.Di Bilik Mesyuarat PPD hari Khamis jam 8.00 pagi 

Pertandingan Kuiz Peringkat Daerah

Pt.Raja 26Julai 2001- Cabaran Kuiz peringkat daerah telah bermula   di SMK Tun Ismail. Sekali lagi SMK Sri Medan merangkul kejuaraan buat kali ketiga dan menyimpan terus piala pusingan. Tahniah Seri Medan.

 

Laman Web Pertanian Baru dari Dato Seth

Yong Peng Jun 2001 - Cikgu Johari dari SMK Dato Seth telah melancarkan satu lagi laman web sains pertanian.

 

Minit Mesyuarat kali kedua

Parit Raja Jun 2001-Kepada semua  guru-guru sains pertanian  boleh mendapatkan laporan minit mesyuarat terbaru dari laman ini. Di harap  kepada  guru-guru agar dapat menghantarkan soalan-soalan untuk diedit kepada cikgu Rashid Sulaiman  untuk soalan tg5  dan Kepada Puan Siti Zabedah Bunawan untuk soalan tg4

 

Hantar soalan ke JPNJ

Kepada guru-guru sains pertanian sudahkah anda menyiapkan soalan-soalan kertas satu atau kertas dua yang mesti dihantar ke Jabatan Pendidikan Johor untuk perhatian Tuan Haji Baharum. Jangan Lupa tarikh tamat sampai ke jabatan ialah 16 Mac 2001. kalau belum ...tarikhnya semakin hampir.

 

Pertandingan Kuiz JPNJ

Agenda utama sains pertanian tahun ini ialah Pertandingan Kuiz Sains Pertanian peringkat negeri yang akan berlangsung di Mersing. Tarikhnya 11 hb Ogos 2001.

 

Pertandingan Kelab Tani JPNJ

JPNJ Febuari 2001-Pertandingan Kebun Kita dan kelab tani anjuran Jabatan Pendidikan Johor akan berlangsung kembali. Tarikhnya Oktober hingga November 2001, kepada guru-guru dan para pelajar jangan lupa hadiah menanti anda. Marilah sama-sama memeriahkannya pertanian era teknologi.  

 

Melawat Pusat Pertanian

Ayer Hitam Mei 2001-Kelab Sains Pertanian  SMK  Tun Ismail telah membuat lawatan ke Institut Haiwan Kluang  dan Jabatan Pertanian

 

Sukatan Terbaru 2003

Parit Raja  April 2001-Laman Web ini menyediakan Huraian Sukatan Pelajaran Sains Pertanian ( terbaru...) sila klik sukatan terbaru 2003 sukatan terbaru. Beberapa kursus akan dijalankan oleh  Kementerian sebelum menjelang 2003 sebagai persediaan para pendidik mengajar matapelajaran Sains Pertanian.