LIMAU MANDARIN

AMALAN KULTUR

Bahan Tanaman

Disyorkan tanaman dibiak secara tampang, sama ada dengan cantuman tunas kepingan, cantuman tunas 'T', cantuman tunas serpihan dan cantuman tunas baji sisi.

Pokok limau yang sesuai digunakan untuk cantuman limau ialah jenis Tryer citrange, Cleopatra dan Rangpur Lime.

 
Penanaman

Pokok limau mandarin biasanya ditanam dengan jarak 4m X 5m, 5m X 5 m, 6m X 6m atau 3m X 3m untuk sistem tanaman padat. Lubang berukuran 0.6 m  X 0.6 m X 0.6 m digali dan dibiarkan selama 2 – 4 minggu. Sebanyak 5 – 10 kg bahan organik berserta 200 g CIRP dimasukkan ke dalam lubang tanaman dan digaul rata. Anak pokok ditanam di tengah lubang, ditimbus dan dipadatkan  pada pangkalnya. Pokok disiram selepas ditanam dan diikat pada kayu pancang. Lindungan perlu disediakan bagi mengurangkan panas terik matahari.
 

Pemangkasan

Cantasan dibuat bagi membentuk pokok supaya seimbang, tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Bentuk pokok limau yang baik ialah bentuk kon rimbun, rendang dan seimbang bagi memudahkan kerja-kerja pengurusan tanaman terutamanya pengutipan hasil.

Pemangkasan bermula selepas beberapa bulan ditanam. Bahagian atas batang utama dipangkas apabila mencapai ketinggian 30-45 cm dari paras tanah. Dahan-dahan baru akan tumbuh dan pilih 3 – 4 cabang yang subur bagi membentuk rangka pokok seterusnya. Buang tunas air yang keluar dari dahan tersebut dari masa ke semasa serta dahan-dahan yang lemah, berpenyakit dan dahan yang tumbuh di bahagian tengah pokok.

 
Pembajaan

Program pembajaan yang disyorkan bagi pokok limau mandarin adalah seperti berikut:-
 

Peringkat

Umur Pokok (Tahun)

Jenis

Kadar (kg/pok/tahun)

Kekerapan

Vegetatif

1

15:15:15
atau 
15:15:6:4 
Baja Organik 
GML*

0.3
(5.0)

0.15*

3 - 4 kali setahun (terutama awal musim hujan)

2

0.5
(5.0)

0.2*

3 - 4 kali setahun

3

1.0
(7.5)

0.2*

Penghasilan

4

12:12:17:2 + TE 
atau 
13:13:20:2 + TE 
Baja Organik 
GML*

1.5
(7.5)

0.2*

5

1.8
(7.5)

0.25*

6

2.5
(10.0)

0.25*

>6


 

Pengurusan Air

Limau mandarin perlu diberi air secukupnya bagi menggalakkan pertumbuhan dan kecergasan terutama pada peringkat awal pertumbuhan. Didapati sistem pengairan titis adalah paling sesuai untuk tanaman limau.
 
 
 

PEMANGKASAN PEMBENTUKAN DAN PENJAGAAN BAGI POKOK KOKO DALAM PEMULIHAN KOKO DEWASA


PENGENALAN

Pemangkasan merupakan amalan perladangan yang penting dalam penanaman koko. Pemangkasan yang dilakukan secara sistemetik mengikut jenis pemangkasan yang betul akan menjamin pokok yang sihat dan hasil yang tinggi.

FAEDAH PEMANGKASAN

·         Memperbaiki pengudaraan yang betul.

·         Mengurangkan risiko serangan serangga perosak dan penyakit.

·         Memudahkan pengawalan penyakit dan perosak, penuaian hasil serta kerja-kerja penyelenggaraan tanaman.

·         Membentuk kanopi pokok yang sesuai pada tahap jumlah daun sepokok yang optimum agar mendapat hasil yang tinggi.

·         Meningkatkan kecekapan penyerapan baja oleh pokok.

JENIS PEMANGKASAN

Untuk mempastikan pertumbuhan pokok cantuman yang baik serta hasil yang tinggi, empat jenis pemangkasan perlu dilaksanakan iaitu:

1.     Pemangkasan pembentukan.

2.     Pemangkasan pokok penanti.

3.     Pemangkasan penjagaan.

4.     Pemangkasan pembentukan semula.

PEMANGKASAN PEMBENTUKAN

Pembentukan pokok dilakukan dengan memotong pucuk setelah pokok cantuman (scion) berumur 3-6 bulan atau panjang mencapai 45sm (1.5 kaki). Ini akan menggalakkan pertumbuhan dahan-dahan sisi (dahan ketiak).

Pemotongan pucuk pokok cantuman apabila panjang mencapai 45sm (12 kaki) bagi mnenggalakkan dahan-dahan sisi tumbuhLihat gambar 1

Dahan-dahan sisi yang tumbuh hampir dengan tapak cantuman kira-kira 15-30sm (6-12 inci) hendaklah dibuang. Tinggalkan 3-5 dahan sisi untuk tumbuh sebagai batang utama. Pemotongan pucuk pada dahan-dahan yang dikekalkan untuk dijadikan batang-batang utama juga dilakukan untuk menggalakkan pertumbuhan ranting-ranting baru.

Dahan-dahan sisi baru terbentuk dari tunas-tunas ketiak selepas pemotongan pucuk pokok cantuman dibuat Lihat gambar 2

Dahan-dahan sisi baru sedang membesar selepas pemotongan pucuk pokok cantuman dilakukan Lihat gambar 3

Selepas 12 bulan, cantas semua tunas yang tumbuh kurang 30sm ( 12 inci) daripada batang utama.

Selepas 24 bulan, kekalkan hanya dahan yang mempunyai buah, yang tumbuh menegak dan dahan yang bersudut 45o dengan batang utama. Dahan-dahan yang melampai ke bawah dan berlebihan dipangkas. Dahan-dahan menegak yang ketinggiannya melebihi 3-4 meter (9-12 kaki) hendaklah dicantas.

Pemangkasan pembentukan yang baik menghasilkan kanopi yang stabil berbentuk payung dan mempunyai 3-5 batang utama bagi satu tapak cantuman.

Struktur pokok yang mempunyai kanopi berbentuk payung Lihat gambar 4

Pembentukan pokok yang baik akan menghasilkan dahan-dahan yang seimbang dan menggalakkan hasil yang banyak Lihat gambar 5

PEMANGKASAN POKOK PENANTI

 

    a) Pokok penanti yang dipangkas 50% sebelum cantuman

       

      . Pokok induk hendaklah dipotong selepas 9 bulan dicantum atau setelah pokok cantuman mulai berbunga.

      . Pemotongan dibuat pada 60-90sm (2-3 kaki) dari tapak cantuman yang teratas.

      . Pokok induk dipotong serong 45o.  Permukaaan potongan hendaklah disapu dengan ubat luka seperti Shell Tree Dressing atau MAPA Tree Dressing bagi mengelakkan bahagian potongan cepat reput.

 

     b) Pokok penanti yang dipangkas 100% sebelum cantuman

 

      · Tunas air yang tumbuh di bahagian atas tapak cantuman hendaklah dibiarkan sehingga 6 bulan

        selepas dicantum. Tujuaannya supaya pokok cantumah mudah mendapat, makanan dan air sebelum berupaya mengambilnya sendiri.

      · Selepas 6 bulan, semua tunas air mulai dibuang setiap bulan bagi mengelakkan persaingan mengambil baja dan air.

PEMANGKASAN PENJAGAAN

Dilakukan 1-3 bulan sekali mengikut keadaan.

Tunas air, dahan-dahan rosak, berpenyakit, berjuntai, terlalu padat dan rapat dalam kanopi pokok serta yang bertaut antara pokok hendaklah dibuang (Gambar 5). Tunas-tunas yang tumbuh di sepanjang 45-60sm (1.5-2 kaki ) pada batang-batang utama bagi pokok yang sudah berbuah mestilah dibuang.

Tunas air yan tumbuh dipangkal pokok perlu dibuang Lihat gambar 6

PEMANGKASAN PEMBENTUKAN SEMULA

Pemangkasan ini dilakukan untuk membentuk semula pokok supaya seimbang dan mengelak daripada terlalu rimbun bagi memudahkan peredaran udara di antara dahan dan/atau ranting koko.

Pemangkasan pembentukan semula dilakukan 1-2 kali setahun iaitu setiap kali selepas musim buah utama.

Dahan-dahan dan ranting yang padat, melapai dan berlebihan hendaklah dipangkas.

Tinggi pokok dikawal pada ketinggian 3-4 meter (9-12 kaki) bagi memudahkan penuaian hasil dan kerja penyelenggaran tanaman.

Cantuman T


 

 

 

 

CEMPEDAK, NANGKA, SUKUN & TARAP  

  (Artocarpus spp.)

Deskripsi Botani

Varieti Disyorkan

 

Keperluan  Agroklimatik

Amalan Kultura

Pengurusan Perosak

Penuaian, Hasil Dan Pengendalian

    Ekonomi  

 

DESKRIPSI BOTANI

 

Nama Biasa         :     Cempedak

Nama Saintifik      :   Artocarpus champeden Lour.

Famili                   :     Moraceae

 

Nama Biasa         :     Nangka

Nama Saintifik     :    Artocarpus heterophyllus L.

Famili                  :      Moraceae

 

Nama Biasa         :     Sukun

Nama Saintifik     :    Artocarpus altilis (Parks) Forsberg

Famili                  :      Moraceae

 

Nama Biasa        :      Tarap

Nama Saintifik    :     Artocarpus odoratissimus Blanco.

Famili                 :       Moraceae

    Cempedak, nangka, sukun dan tarap adalah buah-buahan tempatan yang tergolong dalam genus Artocarpus.  Bahagian-bahagian tampang Artocarpus mempunyai lateks.

    Cempedak dan nangka mempunyai saiz daun yang kecil dengan tepi yang licin (entire) berbanding dengan sukun dan tarap yang mempunyai saiz daun yang besar dan berliku-liku (lobed).  

    Cempedak dan nangka akan berbuah di bahagian batang dan dahan sementara sukun dan tarap mengeluarkan buah di hujung dahan.  Pada amnya buah Artocarpus adalah buah majmuk iaitu cantuman daripada banyak berbuah.  Buah cempedak mempunyai bau harum yang kuat jika dibanding dengan nangka dan tarap.  Buah-buahan ini boleh dimakan segar atau dibuat sayur dan kuih-muih.

 

VARIETI DISYORKAN  

    Klon nangka yang yang telah dinilai dan disyorkan oleh Jabatan Pertanian Sabah ialah J29 (NS1). Klon-klon CH 30, CH 31 dan CH 35 adalah beberapa klon cempedak yang diperkenalkan daripada Jabatan Pertanian Semenanjung yang berpotensi ditanam di negeri ini.  

 

KEPERLUAN AGROKLIMATIK

    Semua tanaman dari kelompok Artocarpus sesuai hidup di berbagai jenis tanah khasnya tanah loam yang kaya dengan kandungan bahan organik. Tanaman-tanaman ini memerlukan julat pH  tanah di antara 6.0 hingga 6.5.  Curahan hujan  sebanyak 1,500 – 2,500 mm setahun serta bersuhu   21oC – 32oC diperlukan untuk pertumbuhan yang baik.

 

AMALAN KULTURA  

Pembiakan  

    Anak benih cempedak, nangka dan sukun dibiak secara cantuman mata tunas atau baji. Cantuman mata tunas sebaik-baiknya  dilakukan apabila saiz pokok penanti sebesar batang pensil. Hanya sukun sahaja yang boleh dicantum secara tut atau dengan menggunakan keratan akar. Biji benih nangka adalah paling sesuai untuk dijadikan pokok penanti bagi cempedak, nangka dan sukun. Setakat ini tarap hanya boleh ditanam dengan menggunakan biji benih kerana tanaman ini sukar dibiak secara tampang. 

Penanaman  

    Jarak tanaman bagi nangka, sukun dan tarap ialah 10 m x 10 m sama ada dalam bentuk segi tiga atau empat segi sama. Sementara cempedak boleh ditanam sehingga 7.6 m x 7.6 m antara satu sama lain. Lubang penanaman dengan ukuran 60 x 60 x 60 cm perlu disediakan bagi tujuan penanaman. Tanah atas yang dicampur dengan 10 -15 kg baja organik dan 0.5 kg baja fosfat  hendaklah digunakan sebagai baja asas.

    Anak pokok yang baru ditanam hendaklah dilindung dengan struktur pelindung seperti pelepah daun kelapa. Penyungkupan adalah digalakkan bagi tujuan memulihara kelembapan tanah dan mengawal pertumbuhan rumpai. 

Penyelenggaraan Tanaman  

    Pemangkasan hendaklah dilaksanakan dengan menyingkirkan cabang atau tunas-tunas yang tidak perlu atau berpenyakit daripada pokok dan dilakukan bagi menyelenggara keutuhan pokok. Semua bahagian yang telah dicantas hendaklah segera dirawat atau dicat dengan bahan perawat pokok ('tree dressing') bagi mengelak jangkitan penyakit dan kekeringan.

Pembajaan  

    Pembajaan akan menjamin pertumbuhan pokok yang sihat. Keperluan pembajaan tahunan bagi kesemua pokok jenis Artocarpus  adalah seperti jadual dibawah: 

Umur

(Tahun)  

Jenis Baja NPK

Kadar/Tahun/

Pokok (kg)  

 

Kekerapan/Tahun  

 

 

1

2

NPK (15 : 15 : 15)

0.11

0.17

4

4

 

3

4

5

6

NPK (12 : 12 : 17)

 

 

0.45

0.90

1.36

2.27

3

3

3

3

 

>7

NPK (12 : 12 : 17)

2.27-3.2

2

 

 

PENGURUSAN PEROSAK  

    Tanaman Artocarpus umumnya bebas daripada perosak dan penyakit yang serius. Lalat buah adalah serangga perosak yang biasa menyerang buah nangka dan cempedak.  Oleh yang demikian, amalan membungkus buah adalah sangat digalakkan bagi mengelakkan buah daripada diserang lalat buah dan mendapatkan hasil yang memuaskan.

 

PENUAIAN, HASIL DAN PENGENDALIAN  

    Buah nangka menjadi matang selepas 6 bulan bunga terbentuk. Sementara buah cempedak boleh dipetik selepas 3 - 4 bulan selepas berbunga. Pengeluaran kemuncak buah nangka berlaku dua kali setahun.  Cempedak, tarap dan sukun hanya berbuah setahun sekali.

Bil.

Jenis buah

Tempoh buah matang selepas berbunga (bulan)

Hasil pokok (tan/ha)

Kegunan

Tempoh penyimpanan (hari)

1.

Cempedak

3 - 4

4 - 30

Makan segar

 4 - 5

2.

Nangka

6

5 -40

Makan segar, sayur, kerepek

5 - 7

3.

Sukun

4 - 5

4 - 20

Kuih, sayur, kerepek

3 - 4

4.

Tarap

3 - 4

10 - 50

Makan segar, sayur

2 - 3